Home   About   Blog   Contact   Digital

About Alim Munen

My Story

Dimulakan dengan rasa kasih dan sayang pada mak bapak, sejak kecil daripada saya berumur 9 tahun lagi saya dah memerhatikan perniagaan mak bapak saya. Dalam pikiran saya, “Bagaimana nak majukan lagi bisnes mak bapak aku ni er?!”

Hye dan Assalamualaikum salam perkenalan daripada saya Muhammad Alim Munen anda boleh juga panggil saya (Coach Alim) not yet a mentor..

Minat dan passion dalam bisnes ada beberapa sebab dan ini cerita saya..

pertama sekali sebab nampak mak bapak saya sibuk siang malam, then saya memikirkan “apalah mak bapak aku sibuk sangat siang malam buat kerja..”

Kadang-kala juga bila tahu bapak saya pergi kerja kat site binaan jauh-jauh daripada area KL, kerana bapak saya kontraktor. kadang terkejut dan membayangkan bahaya yang bapak saya terpaksa hadap untuk naik motor pergi balik kerja..

then apabila masuk darjah 5 barulah ada kesedaran sikit, mak bapak aku kerja dan berniaga ni untuk memenuhi keperluan harian saya dan adik-beradik sambil boleh tengok anak-anak membesar depan mata..

Mak saya berniaga nasi lemak di hadapan rumah sewa kami. iatu di kg pandan dalam, ampang. tiap pagi mak saya berniaga nasi lemak dan kuih-muih..

Apabila waktu cuti sekolah saya sebagai anak sulung saya akan tolong mak saya jaga kedai dan layan kastemer, daripada awal terpaksa juga..

lama-kelamaan saya rela dan dah menjadi rutin, malahan menjadi minat pula, ini kerana mak saya akan bercakap dengan saya cara dan adab berniaga..

Sehinggakan saya berazam untuk membantu majukan perniagaan mak saya. Selepas tu mulalah saya membaca buku perniagaan, buku pemasaran dan mencari peluang perniagaan..

Saya pernah terjebak pertama sekali sebagai agent MLM dan kemudian barulah saya meminati bidang internet marketing disebabkan waktu tu juga tuan Irfan Khairi pon naik terkenal namanya sebagai jutawan internet..

Bermula disaat berumur 15 tahun habis PMR saya kenal dengan seorang “pakar” waktu itu pada tahun 2007 yang mengajar beberapa orang lingkungan 40-an termasuk saya “budak form 3” yang entrepreneur wannabe so saya belajar since then about pemasaran, advertising dan one word saya..

Saya sekarang juga sudah belajar pelbagai ilmu bisnes, more on pemasaran dan juga leadership. maka lahirlah kini jenama saya yang dikenali sebagai KhalifahUsahawan (formerly known as AlimAcademyDotNet) yang fokus kepada Keusahawanan Sosial & juga kami menyediakan servis digital marketing yang fokus kepada Growth Marketing & Big Data dibawah jenama AlimAgency.com .

Sejak September 2016 sehingga kini saya menjalankan training, coaching dan servis pengiklanan untuk usahawan yang baru nak bermula meningkat jualannya daripada Kosong “0” sehinggalah 5-7 angka sebulan.

Kepakaran saya lebih kepada teknikal growth business dan growth marketing selain saya juga Certified NLP Practitioner..

Dan akhir sekali saya juga adalah pengasas kepada (Majlis Thaifah Manshurah) < sebagai Ayahanda Guru Utama Alim yang fokus utama Kebajikan, Penyatuan, Rawatan Islam & Perisai Diri. 

Testimonials & Feedback

Testimoni daripada Student, Client & Customer sejak 2016 dan telah membantu mereka dalam bisnes.

“..Leads yang berkualiti, kita dapat 101 leads dalam masa 2 hari dan memang kena dengan niche program kami.”

Ustaz Syaraffi

Founder Al Khausar

“..Capai Sales RM80k dalam masa 30 hari. Sangat Membantu, betul-betul nak bantu kita. Dan saya telah alami perubahan yang amat drastik”

Puan Syaff

Founder Raffidz Global

“..Saya belajar rupanya saya terlepas pandang banyak benda, dan saya sedar kena Recheck & Restructure balik.”

Tuan Fauzi

Founder Imagine Creatives

What Can I Help You?

..dengan kepakaran perniagaan, pemasaran dan ilmu leadership saya. Jom kita usahakan !

Digital Marketing?

Era digitalisasi zaman ini dipenuhi dengan pelbagai perkara baharu dan perkara asing bagi kita. Nak belajar asas digital marketing ?

Traffic, Conversion & Sales?

Bagaimana nak kira ratio yang anda kena dapatkan untuk capai sasaran sales anda. Nak belajar ?

Facebook Marketing?

Nak belajar pemasaran facebook, belajarlah daripada orang yang certified, berilmu dan berpengalaman seperti kami di Khalifah UsahawanAnda boleh belajar kesemua Facebook Family off Apps dengan kami. Nak?

Google Marketing?

Orang sebut-sebut iklan google, S.E.O dan iklan youtube. Anda pula merasakan ianya adalah mustahil dan asing bagi anda. Jom belajar lebih mendalam !

Copyright © 2020 Alim Munen | Developed by AlimAgency.com | Powered by Khalifah Usahawan (Thaifah Manshurah Enterprise 002494532-D)