Categories
Khalifah Pemimpin Usahawan

Ayahanda Dakwah Hijrah Hingga Merdeka

Ayahanda Dakwah Hijrah Hingga Merdeka

Malaysia.. Negeriku Malaysia.. ūüéĶūüé∂
Tempat Pusat Berniaga.. ūüé∂
Terkenal Diseluruh Dunia.. ūüéĶ
Sungguh Indah Di Malaysia.. ūüéĶūüé∂ūüéĶ
Negeri Yang Kaya.. Rayaa.. ūüé∂ūüé∂
.
.
Lebih kurang begitulah yang terngiang dalam ingatanku..
.
.
Lagu patriotik yang menjadi alunan sejak semalam didayu-dayukan oleh otak memori saya ini..
.
.
Semangat patriotik saya berkobar-kobar..
.
Hinggakan tadi petang menyanyi sendirian lagu #NegaraKU..
.
Kian lama tinggalkan bangku sekolah..
.
Namun masihku ingat, saya adalah orang yang sentiasa sukarela “Menaikkan Bendera” sewaktu perhimpunan sekolah..
.
Budak pengawas yang “semangat sangat” selalu juga menjadi zikir harian kawan sebaya sewaktu tu diantaranya ialah Malik Hairuddin (CEO of BYOND GROUP OF COMPANIES), itu dulu..
.
Sekarang dia sudah lelaki dewasa..
.
Malahan dia juga kawan bagi saya, Kerana setiap hari jumaat sewaktu sekolah menengah diantara 5 orang yang akan duduk atas pentas pimpin bacaan yassin ialah saya, malik, solehin, syazwan & arwah muris..
.
Tadi baru habis kelas Advance My Human (AMH) selama 2 hari..
.
Ada satu part tu saya pun hampir menangis, air mata dah bergenang..
.
Dada dah rasa sebak..
.
Satu part dimana Tuan Abdul Basit bercakap berkenaan keadaan dia & malik adalah sama..
.
Saya pulak dapati keadaan saya sama dgn tuan basit kerana mak saya pun berniaga nasi lemak sejak saya kecil..
.
Bapak saya sub-kontraktor kecilan jer, dan mereka masing² sentiasa sibuk..
.
Tuan Basit cakap keadaan dia sebagai anak PENDATANG & PENIAGA NASI LEMAK..
.
Sebijik macam saya..
.
Yes, mak bapak saya Pendatang (Immigrant)..
.
Namun saya sangat cintakan NEGARAKU MALAYSIA !!! ūüí™
.
I’AM A PROUD MALAYSIAN !!! ūüí™
.
Saya lahir disini dan membesar disini..
.
Dan kerana situasi ini saya menjadi semangat sentiasa dan “KEJAR DIRI-SENDIRI”..
.
Kerana saya sentiasa dalam “ZON TIDAK SELESA”..
.
Namun dalam keadaan tidak selesa itu saya baru-baru ini nampak banyaknya nikmat yang Allah Taala kurniakan pada saya..
.
Lahir di negara Malaysia tidak menyedari nikmat & kelebihan di negara malaysia adalah kerugian yang amat besar sebagai rakyat malaysia..
.
Negara kita kaya-raya..
.
Banyak “rahsia” tanah ini yang kita tidak ketahui..
.
Saya tidak racist, jangan melayan saya dengan gaya racist anda..
.
Saya pertahankan Islam, saya pertahankan “rumpun melayu”, saya pertahankan tanah melayu, itulah aku..
.
KAU, AKU ADALAH SAMA !!!
.
.
.
.
.
Salam Kemerdekaan,

Muhammad Alim Munen
(AYAHANDA DAKWAH HIJRAH HINGGA MERDEKA)

“Khalifah Usahawan Adalah Khalifah Berjaya..”

FREE 13 Video 

OnlineBlueprint: Mudahnya Berniaga Bisnes Online Apabila Ada Blueprint. (Berharga RM297)

(Berharga RM297. Yes it’s FREE)

Copyright © 2020 Alim Munen | Developed by AlimAgency.com | Powered by Khalifah Usahawan (Thaifah Manshurah Enterprise 002494532-D)

Categories
Usahawan

Mak Aku Pakai Baju Hijau

Mak Aku Pakai Baju Hijau

Ye betul, Wanita cantik ini adalah mak aku, mak kepada 4 orang anak lelaki & , 2 orang cucu..

Mak aku adalah first mentor aku dalam hidup berkenaan real life business..

Mak aku memang garang, tegas dan disiplin dalam segala benda..

Memang aku dapat daripada mak aku sifat tu, sebab sebelum itu juga aku dibawah didikan atuk aku (ayah kepada mak aku)..

Aku anak sulung, dan boleh dikatakan banyak benda aku kena bertanggungjawab, tolong mak aku sebagai anak & abang sulung ketika waktu kecik sehinggalah SPM..

Mak aku memang ada sifat keusahawanan yang tinggi, selepas beberapa tahun membaca, mengalami & bantu banyak usahawan lain..

This is why..
——
3 Jenis mindset usahawan:

PEMBUAT

PENGURUS

PENGUSAHA

——-
Mak aku mempunyai kecenderungan mindset sebagai PEMBUAT & PENGUSAHA..

Manakala bapak aku yang buat bisnes sub kontraktor lebih kepada mindset PEMBUAT & PENGURUS..

And guess what aku mewarisi semua daripada mereka juga..

Alhamdulillah kini aku juga mempunyai mindset PEMBUAT, PENGURUS & #PENGUSAHA ..

Dalam Khalifah Usahawan..

Semua daripada awal bisnes aku yang bina, urus, buat pemasaran & close sales adalah aku semua sendiri..

Sebab inilah aku boleh jadi coach..

Dan sudah semestinya dengan rezeki Allah kurniakan, sokongan mak bapak, isteri dan keluarga lain juga..

Kenapa saya cerita ni pada anda ?

Betapa pentingnya anda ada sifat #KEUSAHAWANAN..

Tapi ini semua tidak akan menjadi jika anda tidak usaha..

Awal² memang saya dipaksa oleh mak saya..

Samalah bila nak buat posting, content marketing / konsisten buat #pemasaran bisnes anda dalam dunia online ni..

Kena PAKSA RELA..

Apabila anda paksa diri untuk buat sesuatu, didalam minda bawah sedar anda kena sentiasa ulang apabila tengah buat kerja tu..

Sebut pada diri sendiri..

“nak tak nak, kena buat jugak jika nak”

Sudah semestinya buat disertakan bimbingan #strategi sesuai untuk bisnes anda..

Hasilnya anda akan dapat rasakan, kepuasan buat kerja anda akan dapat nikmati..

Malahan anda harus ingat ye selain ibadah wajib sholat fardhu & zakat..

Bekerja dalam bidang #bisnes ini juga adalah ibadah.. apabila kita sematkan niat tiap kali sebeluk memulakan buat kerja..

Niat kena sematkan, Big Why anda demi keluarga tercinta, mak bapak.. demi kebahagian bersama pasangan anda, suami / isteri dan anak²..

Disiplinkan diri anda sentiasa untuk buat kiraan target sales anda. Sebab jika anda tidak sedar TRACK & TIMELINE anda sekarang..

boleh jadi hasil anda akan berlainan dengan “orang sebelah” anda..

Join Tribe FREE:
>>https://t.me/KhalifahUsahawanTribe/

Mindset tidak penting jika anda lebih rela hidup makin terkesan oleh TEKANAN EKONOMI dunia sekarang ni..

Tekanan ekonomi kali ini lebih teruk daripada THE GREAT DEPRESSION 1929..

Apa terjadi selepas 1929 ? Orang miskin makin miskin, orang kaya makin kaya & Perang Dunia ke-2

NOW ? APA AKAN TERJADI ??

Expect the Unexpected..

Sekarang orang miskin makin miskin, orang kaya makin kaya, orang pandai makin pandai, orang bodoh makin bodoh..

Kerana apa ?

kerana kelajuan akses ilmu..

kerana kelajuan akses menghubungi manusia lain..

sedangkan apabila buat kebaikan pun sekadar dengan 1 klik share pun sudah boleh buat kebaikan
(share la post jika bermanfaat)

Apa anda boleh buat sebagai usahawan untuk beri manfaat pada manusia lain? apabila buat kebaikan pun semudah ini..

Era INDUSTRIAL REVOLUTION KE-4 (IR4.0) sekarang ni..

Jika anda tidak berubah, anda akan diubah..

 

MUHAMMAD ALIM MUNEN
Disruptive Marketing Coach

“Khalifah Usahawan Adalah Khalifah Berjaya..”

p/s: Join Tribe. Link disini https://t.me/KhalifahUsahawanTribe/

FREE 13 Video 

OnlineBlueprint: Mudahnya Berniaga Bisnes Online Apabila Ada Blueprint. (Berharga RM297)

(Berharga RM297. Yes it’s FREE)

Copyright © 2020 Alim Munen | Developed by AlimAgency.com | Powered by Khalifah Usahawan (Thaifah Manshurah Enterprise 002494532-D)

Categories
Khalifah Pemimpin

Sultan Muhammad Al Fateh

Sultan Muhammad Al Fateh

Ironinya nama anak saya yang sulung juga Muhammad Al Fateh. Pada hari ini 20 julai 2017 anak saya telah lahir..

Maka hari ini ialah hari lahir anak saya yang ke 3 tahun..

Apa kaitan dengan Sultan #MuhammadAlFateh..

Pada asalnya nama anak saya sepatotnya perancangan asal sejak belum kahwin,

saya dengan isteri memang berhajat nak letakkan nama Muhammad Al Wahid..

MUHAMMAD ikut nama depan saya..

AL ikut nama panggilan saya oleh kawan²..

WAHID diikutkan sebab nama isteri saya Farah Wahidah..

jadi sebab anak lelaki kami nak letakkan WAHID..

Begitulah pada asalnya..

Sepanjang isteri saya mengandung, saya dgn isteri memang bahasakan dia ketika dalam perut apabila dah buat detail scan tahu jantina lelaki.

Kami bahasakan dia AL WAHID..

Pada waktu itu saya pun tidak tahu cara memilih nama anak yang baik dan betul..

Maka menjadi asbab dan perancangan Allah, “Sebaik-baik kita merancang, Perancangan Allah Taala itu lebih baik untuk kita”..

Ketika menunggu di hospital selayang ketika tu nak dekat waktu masa isteri nak bersalin..

Saya dipertemukan dengan seorang hamba Allah yang saya bahasakan sebagai TOK GURU sekarang ini..

Iaitu Ustaz Aizuddin Kamarul Zaman (Penulis Ensiklopedia Perang Rasulullah)..

Waktu tu pertemuan kami sangat baik didalam surau berdekatan wad ibu mengandung & bilik bersalin tingkat 3 hospital selayang..

Beliau juga menunggu anak keduanya dilahirkan, manakala saya menunggu anak pertama saya..

Kononnya nak berehat didalam surau..

Maka masing² duduk dan bersembang, banyak luahan dan perkongsian bersama..

Akhirnya beliau pun beritahu yang beliau pun bakal menulis buku berkaitan NAMA-NAMA PILIHAN YANG BAIK UNTUK ANAK DALAM ISLAM (gitu la kot namanya¬†ūüėÖ)..

Maka beliau pun suarakan pendapat berkenaan nama pilihan saya untuk anak iaitu MUHAMMAD AL WAHID..

Beliau tidak direct cakap, beliau menyarankan..

“Kenapa tidak MUHAMMAD AL FATEH, Kalau nak diikutkan huruf pertama nama isteri pun F kan ?, sebab AL WAHID maksudnya MAHA SATU.. kita ni manusia, malahan tak elok bagi kita sebagai hambaNya”

Saya pun terpikir juga..

Dalam ketika waktu yang sama anak saya telah lahir dan kena Warded masuk ke NICU (orang dewasa I.C.U , kalau baby N.I.C.U)..

Gitulah saya faham, apabila sampai waktu isteri saya boleh balik tapi anak kena tinggal..

Pewh tak boleh tahan woo..

Sedih pun ada jugak..

Anak baru lahir tiba² tak boleh bawak balik..

dan sewaktu itu Pak Long isteri saya datang melawat kerumah mertua saya disini di kg selayang lama..

Pak Long aziz pun sewaktu itu bertanyakan berkenaan nama, dan pak long juga menyarankan perkara yang sama berkenaan ketidaksesuaian nama AL WAHID tersebut..

“Letaklah Muhammad Al Fateh kan elok, Pemimpin & pejuang islam.., lagipun kan anak sulung PEMBUKAAN.. pembuka rezeki, pembukaan kasih sayang Allah..”

Maka begitulah..

Agak terkilan sebab kita merancang nak nama tu tapi tidak dapat..

Nak dijadikan cerita juga, entah perkara ni ada betulnya atau tidak..

Tiap kali saya dgn isteri melawat masuk kedalam NICU utk menyusukan dia supaya cepat sembuh..

Anak ni semakin teruk keadaannya..

Makin bertambah pulak paip dan bantuan pernafasan pada badannya yang ditambah ditambah juga lampu biru untuk hilang kuning (jaundice)..

kena minum susu pakai saluran susu terus ke tekaknya..

kami panggil² Al Wahid.. Al Wahid..

makin teruk..

apabila teringat juga peristiwa saya terjumpa TOK GURU saya tu..

saya pun dengan isteri pun buat keputusan yang berat itu, rasa sayang nak pakai jugak nama AL WAHID tu..

tapi kami tekadkan juga dan saya potong nama dan buat pembetulan pada buku birunya sewaktu itu..

saya potong WAHID itu dan tuliskan FATEH..

Maka jadilah nama anak sulung saya Muhammad Al Fateh Bin Muhammad Alim..

Perancangan Allah itu lebih baik untuk kita..

Saya pun bersyukur..

Bermula saat kami menukar dan memanggil namanya kepada Muhammad Al Fateh..

Anak saya ini makin beransur pulih, satu persatu alat bantuan itu di cabut pada tiap hari-hari saya dengan isteri melawat..

Malahan kami bercakap dengan anak,

“Fateh kuat, fateh kan pejuang.. fateh nak sihat kan.. nak balik dengan bonda ayah..”

Dipendekkan cerita, anak saya pun sihat dan boleh CHECK OUT..

Maka dari situ saya pun membaca berkenaan Sultan Muhammad Al Fateh, tengok movienya mana yang pernah ada..

Saya pinjam semangat dan perjuangan #Khalifah Islam hebat ini..

Malahan ia sentiasa mengingatkan saya pada pepatah..

“Nak didik anak, Didiklah 100 tahun lebih awal..”

Saya adalah bukti dan hasilnya..

Wallahu Taala A’lam..

Saya merasakan dalam jiwa saya selama saya hidup..

Moyang saya mungkin ada berimpian untuk keturunannya menjadi pemimpin & usahawan hebat supaya menjadi asbab perjuangan islam makin kuat..

Next time saya share lagi berkaitan ini..

Sementara itu jom join Khalifah Usahawan Tribe:
>> https://t.me/KhalifahUsahawanTribe/

 

MUHAMMAD ALIM MUNEN
Disruptive Marketing Coach

“Khalifah Usahawan Adalah Khalifah Berjaya..”

FREE 13 Video 

OnlineBlueprint: Mudahnya Berniaga Bisnes Online Apabila Ada Blueprint. (Berharga RM297)

(Berharga RM297. Yes it’s FREE)

Copyright © 2020 Alim Munen | Developed by AlimAgency.com | Powered by Khalifah Usahawan (Thaifah Manshurah Enterprise 002494532-D)

Categories
Bisnes Online

Muhammad Al Fateh Pembukaan Rezeki

Muhammad Al Fateh (Pembukaan Rezeki)

Yang sebelah kanan tu anak saya yang sulung, yes..

Itulah namanya..

Muhammad Al Fateh Bin Muhammad Alim (Esok birthday dia ye 20 julai, tolong doa yang baik²)

Sewaktu 2016 baru kahwin dalam 2 bulan camtu aku dah berpindah duduk rumah sewa di rawang taman jati..

Aah, aku anak jati KL..

isteri aku pun sama anak jati KL..

So, sejak November camtu aku dengan isteri baru pindah rumah sewa tu..

Terus isteri aku rasa lain macam..

Padahal kami baru balik bercuti dari indonesia (pasal ni lain kali aku cerita)

Berita isteri aku mengandung perkara yang ajaib bagi aku..

Kerana bagi orang normal yang tak faham & tak tahu..

Isteri aku ada #diabetes (pasal ni pun aku story next time)

Apabila dapat tahu berita #isteri aku mengandung dengan kami buat test UPT sendiri..

Bagi aku ia ajaib, betapa kuatnya isteri & anak aku ni..

And since then pun isteri aku dah kena pakai ubat cucuk #insulin pakai pen..

Dugaan bagi aku dan isteri sebagai suami isteri is in a whole new universe..

Aku sebagai suami bermacam persoalan..

Sewaktu tu aku full time sebagai #usahawan #bisnesonline

And sewaktu tu isteri aku bekerja makan gaji as SALES CLERK dalam syarikat jepun di selayang waktu tu..

Sebagai suami, aku buat bisnes waktu tu dengan semangat membara..

Aku tahu aku nak lakukan terbaik untuk keluarga kecil aku..

Aku ada smartphone, ipad & laptop..

Aku ada ilmu #bisnes dan #pemasaran je sebagai kepakaran aku..

Aku punya semangat dan rezeki lain macam waktu tu..

Berusaha buat #uber #ehailing tiap hari..

Buat uber sambil curi masa buat bisnes..

Aku dapat kumpul sehari maksima RM90 jer waktu tu..

Sebab aku akan start buat uber lepas hantar wife pergi kerja..

And start tutup apps uber sebelum wife aku balik kerja..

Sewaktu tu aku mencuba untuk cipta kepakaran aku lebih mendalam sehingga tahap #niche expert..

So aku fokus kepada Facebook Messenger..

Aku belajar dengan #russellbrunson waktu tu dengan study buku dia..

Aku buat content hari² waktu tu..

Aku tak menjual waktu tu sebab aku tak tahu FAST TRACK SALES..

So aku buat soft selling selama 2 bulan sehinggalah masuk tahun baru 2017..

Banyak perubahan aku hadap dan terima asbab cuma anak aku Fateh ni akan lahir..

And sewaktu tu aku buat panduan pendek record step by step cara setup Messenger Marketing guna #manychat..

Sewaktu tu Russell Brunson share pasal software manychat tu pada subscriber dia, termasuklah aku..

Nak dibandingkan penerimaan orang malaysia waktu tu agak susah berkaitan messenger marketing ni..

So aku bina 100 dream client aku..

And then cari kolam audiens aku..

Aku join semua FB Group berkaitan pemasaran facebook..

Then, awal tahun tu jugak aku beli domain name website aku Alim Academy Dot Net..

Bayangkan ni..

Aku jual panduan penuh step by step #MessengerMarketing #manychat waktu tu dengan harga RM297..

Boom !!!

Aku dapat beli domain website

Aku dapat beli hosting website

Aku dapat subscribe software Screencast O Matic yang PRO version..

Selebihnya aku amik sebagai #gaji

And sewaktu ni aku juga dapat rentak FAST TRACK SALES & aku dapat FORMULA A daripada pengalaman selama lebih 90 hari..

Dan sejak awal aku belajar daripada guru-guru mat salleh aku..

Supaya cipta produk digital yang #evergreen (tak lapuk dek zaman)

So teknik & formula tu aku gunakan utk buat duit berkali-kali..

Banyak masa, tenaga & duit aku laburkan..

Tetapi, ia bermula juga dengan #keluarga..

Asbab anak sulung aku Muhammad Al Fateh ni bakal lahir..

Aku punya rezeki lain macam..

Kalau anda sebagai lelaki tak ada kerja dan mencari cara yang #zerocostmarketing #tested & #proven

Boleh belajar daripada pengalaman, ilmu & kesakitan aku..

Aku ada buat satu TRIBE..

Namanya KHALIFAH USAHAWAN TRIBE:
>> https://t.me/KhalifahUsahawanTribe/

Siapa patut join ? Usahawan Bumiputera Islam PKS

Aku sayang keluarga aku¬†ūüėė, siapa berani cari pasal memang naya bro¬†ūüėĀ. hahahah (garang pulak ye. hehe)

Inilah bukti yang aku hidup & wujud didunia ini sehingga kini..

 

 

MUHAMMAD ALIM MUNEN
Disruptive Marketing Coach

“Khalifah Usahawan adalah khalifah berjaya..”

p/s: Jangan lupa wish birthday anak aku esok tau¬†ūüėĀ

FREE 13 Video 

OnlineBlueprint: Mudahnya Berniaga Bisnes Online Apabila Ada Blueprint. (Berharga RM297)

(Berharga RM297. Yes it’s FREE)

Copyright © 2020 Alim Munen | Developed by AlimAgency.com | Powered by Khalifah Usahawan (Thaifah Manshurah Enterprise 002494532-D)