Sultan Muhammad Al Fateh

Ironinya nama anak saya yang sulung juga Muhammad Al Fateh. Pada hari ini 20 julai 2017 anak saya telah lahir..

Maka hari ini ialah hari lahir anak saya yang ke 3 tahun..

Apa kaitan dengan Sultan #MuhammadAlFateh..

Pada asalnya nama anak saya sepatotnya perancangan asal sejak belum kahwin,

saya dengan isteri memang berhajat nak letakkan nama Muhammad Al Wahid..

MUHAMMAD ikut nama depan saya..

AL ikut nama panggilan saya oleh kawan²..

WAHID diikutkan sebab nama isteri saya Farah Wahidah..

jadi sebab anak lelaki kami nak letakkan WAHID..

Begitulah pada asalnya..

Sepanjang isteri saya mengandung, saya dgn isteri memang bahasakan dia ketika dalam perut apabila dah buat detail scan tahu jantina lelaki.

Kami bahasakan dia AL WAHID..

Pada waktu itu saya pun tidak tahu cara memilih nama anak yang baik dan betul..

Maka menjadi asbab dan perancangan Allah, “Sebaik-baik kita merancang, Perancangan Allah Taala itu lebih baik untuk kita”..

Ketika menunggu di hospital selayang ketika tu nak dekat waktu masa isteri nak bersalin..

Saya dipertemukan dengan seorang hamba Allah yang saya bahasakan sebagai TOK GURU sekarang ini..

Iaitu Ustaz Aizuddin Kamarul Zaman (Penulis Ensiklopedia Perang Rasulullah)..

Waktu tu pertemuan kami sangat baik didalam surau berdekatan wad ibu mengandung & bilik bersalin tingkat 3 hospital selayang..

Beliau juga menunggu anak keduanya dilahirkan, manakala saya menunggu anak pertama saya..

Kononnya nak berehat didalam surau..

Maka masing² duduk dan bersembang, banyak luahan dan perkongsian bersama..

Akhirnya beliau pun beritahu yang beliau pun bakal menulis buku berkaitan NAMA-NAMA PILIHAN YANG BAIK UNTUK ANAK DALAM ISLAM (gitu la kot namanya 😅)..

Maka beliau pun suarakan pendapat berkenaan nama pilihan saya untuk anak iaitu MUHAMMAD AL WAHID..

Beliau tidak direct cakap, beliau menyarankan..

“Kenapa tidak MUHAMMAD AL FATEH, Kalau nak diikutkan huruf pertama nama isteri pun F kan ?, sebab AL WAHID maksudnya MAHA SATU.. kita ni manusia, malahan tak elok bagi kita sebagai hambaNya”

Saya pun terpikir juga..

Dalam ketika waktu yang sama anak saya telah lahir dan kena Warded masuk ke NICU (orang dewasa I.C.U , kalau baby N.I.C.U)..

Gitulah saya faham, apabila sampai waktu isteri saya boleh balik tapi anak kena tinggal..

Pewh tak boleh tahan woo..

Sedih pun ada jugak..

Anak baru lahir tiba² tak boleh bawak balik..

dan sewaktu itu Pak Long isteri saya datang melawat kerumah mertua saya disini di kg selayang lama..

Pak Long aziz pun sewaktu itu bertanyakan berkenaan nama, dan pak long juga menyarankan perkara yang sama berkenaan ketidaksesuaian nama AL WAHID tersebut..

“Letaklah Muhammad Al Fateh kan elok, Pemimpin & pejuang islam.., lagipun kan anak sulung PEMBUKAAN.. pembuka rezeki, pembukaan kasih sayang Allah..”

Maka begitulah..

Agak terkilan sebab kita merancang nak nama tu tapi tidak dapat..

Nak dijadikan cerita juga, entah perkara ni ada betulnya atau tidak..

Tiap kali saya dgn isteri melawat masuk kedalam NICU utk menyusukan dia supaya cepat sembuh..

Anak ni semakin teruk keadaannya..

Makin bertambah pulak paip dan bantuan pernafasan pada badannya yang ditambah ditambah juga lampu biru untuk hilang kuning (jaundice)..

kena minum susu pakai saluran susu terus ke tekaknya..

kami panggil² Al Wahid.. Al Wahid..

makin teruk..

apabila teringat juga peristiwa saya terjumpa TOK GURU saya tu..

saya pun dengan isteri pun buat keputusan yang berat itu, rasa sayang nak pakai jugak nama AL WAHID tu..

tapi kami tekadkan juga dan saya potong nama dan buat pembetulan pada buku birunya sewaktu itu..

saya potong WAHID itu dan tuliskan FATEH..

Maka jadilah nama anak sulung saya Muhammad Al Fateh Bin Muhammad Alim..

Perancangan Allah itu lebih baik untuk kita..

Saya pun bersyukur..

Bermula saat kami menukar dan memanggil namanya kepada Muhammad Al Fateh..

Anak saya ini makin beransur pulih, satu persatu alat bantuan itu di cabut pada tiap hari-hari saya dengan isteri melawat..

Malahan kami bercakap dengan anak,

“Fateh kuat, fateh kan pejuang.. fateh nak sihat kan.. nak balik dengan bonda ayah..”

Dipendekkan cerita, anak saya pun sihat dan boleh CHECK OUT..

Maka dari situ saya pun membaca berkenaan Sultan Muhammad Al Fateh, tengok movienya mana yang pernah ada..

Saya pinjam semangat dan perjuangan #Khalifah Islam hebat ini..

Malahan ia sentiasa mengingatkan saya pada pepatah..

“Nak didik anak, Didiklah 100 tahun lebih awal..”

Saya adalah bukti dan hasilnya..

Wallahu Taala A’lam..

Saya merasakan dalam jiwa saya selama saya hidup..

Moyang saya mungkin ada berimpian untuk keturunannya menjadi pemimpin & usahawan hebat supaya menjadi asbab perjuangan islam makin kuat..

Next time saya share lagi berkaitan ini..

Sementara itu jom join Khalifah Usahawan Tribe:
>> https://t.me/KhalifahUsahawanTribe/

 

MUHAMMAD ALIM MUNEN
Disruptive Marketing Coach

“Khalifah Usahawan Adalah Khalifah Berjaya..”

FREE 13 Video 

OnlineBlueprint: Mudahnya Berniaga Bisnes Online Apabila Ada Blueprint. (Berharga RM297)

(Berharga RM297. Yes it’s FREE)

Copyright © 2020 Alim Munen | Developed by AlimAgency.com | Powered by Khalifah Usahawan (Thaifah Manshurah Enterprise 002494532-D)